Tuesday, July 21, 2009

ACTIVITIES & PERFORMENCES

Menari la, main muzik la.. itu la aktiviti yg we all buat sepanjang tour kami di Korea.. Sometimes we all hang out with the Koreans, its so cool la.. Koreans COOL!

PERUNTUKAN TIDAK BERBALOI KERANA PENTINGKAN DIRI SENDIRI

PENAMPANG: Kebanyakan penduduk kampung Minintod tidak berpuas hati atas peruntukan naik taraf sistem perpaipan air graviti yang telah dibina beberapa bulan yang lalu.

Menurut beberapa penduduk kampung tersebut, memang pada mulanya selepas sahaja sistem perpaipan air graviti ini siap, bekalan air yang diterima ke beberapa buah rumah tidak begitu memuaskan. Selain itu juga, peruntukan ini adalah sepatutnya diperuntukan kepada seluruh warga kampung, tetapi masih ada beberapa buah rumah yang tidak mendapat bekalan air graviti tersebut kerana empangan yang dibina adalah kecil dan paip yang disalurkan dari empangan adalah kurang.

Situasi ini menyebabkan ketidakpuasan hati penduduk orang asal terhadap pihak atasan di kampung tersebut kerana bajet peruntukan adalah tidak berbaloi dengan apa yang telah diperuntukan.

Harapan penduduk kampung kini supaya pihak atasan di kampung tersebut merujuk kembali dan mempertimbangkan situasi masalah air yang dialami oleh penduduk kampung tersebut.

Monday, July 20, 2009